Ahad, 27 Mac 2011

“Lombok oh Lombok” Namau kini menjadi sebutan di dua Negara,


Sepanjang 3bulan terakhir ini atau tahun2011 secara AM nya, nama Lombok sering di sebut-sebut baik di media cetak, elektronik, mahupun di internet,
Klau di Indonesia nama Lombok menjadi perhatian umum apabila salah satu warga Lombok memuat turun sebuah VEDIO CLIP melalui YOU TUBE dan mencuri perhatian public melalui lagu yang menceritakan sebuah nama dan tingkah sang penyanyi sangat melucukan di samping lirik lagu yang di cipta telah mencuri perhatian public bukan sahaja di Indonesia malah telah menembusi berunai, singapura, dan Malaysia. Lagu udin sedunia yg di susun oleh seorang pemuda desa di Lombok timur mengisahkan seorang yang bernama udin, ironinya sang pencipta lagu juga bernama udin-(sualudin). Sungguh kereatif si udin.
Itu antara kisah yang hangat tentang Lombok di Indonesia, apa pula kisah yang menghangatkan di tanah semenanjung?.
Di Malaysia nama LOMBOK sering di kaitkan dengan mencuri, bukan mencuri EMAS, HARTA BENDA, mauhupun UANG. Akan tetapi mecuri anak gadis orang, yang mana segelintir pemuda sasak(LOMBOK) yang bekerja di Malaysia telah mabuk cinta gadis tempatan dan bertekad untuk mengawini wanita tersebut akan tetapi setatus dan budaya menjadi penghalang, oleh kerana cinta dan tidak ingin terpisah sang pemuda bertekad untuk menggunakan adat dan budaya yang diamalkan di Lombok iaitu kawin lari, atau melarikan anak gadis tersebut, dan ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia kerana budaya tersebut (KAWIN LARI) bukan bukan cara atau adat org melayu, meskipun kebanyakan gadis yang dibawa kelombok adalah dengan kerelaan mereka akan tetapi ia harus meminta keizinan dari kedua orang tua merka dahulu klu mereka metol-betol menginginkan anak mereka. Berikutan jumlah kes (kasus) semakin meningkat, (gadis yg di bawa kelombok)
Ia telah mencuri tumpuan media cetak dan elektronik di Malaysia kebanyakan tajok (judul) media cetak sangat negative tentang adat dan budaya kita yg sememangnya tidak sesuai di amalkan di tempat org, ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Lombok dimata mereka.
Salah satu stesen tv tempata telah membuat satu rancangan khusus untuk menjejak pemuda-pemuda Lombok yg bekerja di malysia untuk lebih mengenal budaya Lombok dan sedikit sebanyak telah meredakan presefsi negative mereka tentang masyarakat Lombok,.
Oleh yang demikian saya salah seorang warga Lombok berpesan kepada semua rakan-rakan Lombok (sasak), ingatlah pesan nenek moyang kita bahwa, DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITULAH LANGIT DI JUNJUNG, hormati adat dan budaya orang, apapun alasan nya, kita tidak harus membelakangkan keluarga mereka, saya juga sangat menjunjung tinggi adat merarik yag telah kita warisi dari nenek moyangkita,

0 ulasan:

Catat Ulasan